Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah ketika awal dagangan pada Selasa.
Pada 9.33 pagi, Jun 2025 dan September 2025 masing-masing susut 4.0 mata kepada 1,512.0 dan 1,493.5 manakala Julai 2025 turun 2.5 mata kepada 1,510.5 dan Disember 2025 susut 6.5 mata kepada 1,497.5 mata.
Jumlah dagangan 1,294 lot, manakala kepentingan terbuka pada 34,552 kontrak.
FBM KLCI meningkat 1.01 mata kepada 1,520.42 daripada 1,519.41 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA