BERITA TERKINI   Dua penguat kuasa MBPP cedera selepas belon berisi gas ringan yang dirampas meletup dan terbakar di Lebuh Union semalam - MBPP | Kerja pembinaan pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac depan - Nanta | Kerajaan peruntuk RM96 juta naik taraf JRTB melibatkan jajaran di Kelantan - Nanta | Penilai bebas mengesahkan sistem aerotren KLIA beroperasi mengikut perancangan - Malaysia Airports | Ketersediaan operasi perkhidmatan aerotren KLIA meningkat 100 peratus pada Disember 2025 berbanding 98.67 peratus pada Julai - Malaysia Airports | 

7-Eleven Lantik Mohd Annuar Zaini Sebagai Pengerusi Baharu

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd telah melantik Tan Sri Mohd Annuar Zaini sebagai pengerusi bebas dan bukan eksekutifnya yang baharu berkuat kuasa segera.

 Mohd Annuar, 73, menggantikan Datuk Farhash Wafa Salvador, yang telah meletak jawatan pada 30 Mei lepas, sehari selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu.

7-Eleven melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Mohd Annuar adalah seorang penjawat awam dan tokoh korporat dengan lebih dari 40 tahun pengalaman. 

Pada masa sekarang, ia berkhidmat dalam lembaga pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta pengerusi beberapa firma seperti Country Annex Sdn Bhd, MRCB Land Sdn Bhd dan UDA Holdings Bhd, selain selaku penasihat kanan hal ehwal antarabangsa,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

-- BERNAMA