BERITA TERKINI   MOT laksana larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik mulai 19, 20, 28 dan 29 Mac sempena Aidilfitri | Harga minyak mentah global kini melebihi US$100 setong, Kerajaan kekal RON95 bersubsidi RM1.99 seliter - Kementerian Kewangan | Gas Malaysia akan bangunkan terminal LNG Yan selepas kelulusan Suruhanjaya Tenaga | Ringgit meningkat kepada 3.9145/9205 berbanding dolar AS semasa ditutup hari ini, daripada 3.9155/9200 pada Selasa | Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di Pulau Pinang adalah persinggahan sementara bagi urusan logistik- Khaled Nordin | 

Bursa Malaysia Tegur Secara Terbuka Meridian, Lima Pengarah Didenda Sebanyak RM350,000

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd memberi teguran secara terbuka terhadap Meridian Bhd (Meridian) dan mengenakan denda berjumlah RM350,000 kepada lima pengarahnya kerana melanggar keperluan penyenaraian Pasaran Utama.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bursa Malaysia berkata Meridian ditegur secara terbuka kerana gagal membuat pengumuman segera bahawa syarikat itu mempunyai perniagaan atau operasi yang tidak penting ketika pengumuman laporan kewangan suku tahun berakhir 30 Jun, 2023 pada 29 Ogos, 2023.

 “Dalam hal ini, Meridian tidak mempunyai aktiviti perniagaan atau operasi yang penting berdasarkan laporan suku keempat tersebut, dengan hasil pendapatan syarikat sebanyak RM2.738 juta yang disatukan hanya mewakili 0.93 peratus daripada modal saham syarikat sebanyak RM294.021 juta setakat 30 Jun, 2023," kata Bursa Malaysia.

Denda dikenakan kepada Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif ketika itu, (yang telah meletakkan jawatan pada 29 Dis, 2023) Datuk Yap Ting Hau (RM100,000), Tang Boon Koon (RM100,000), Chew Shin Yong (RM50,000), Ng Kok Hok (RM50,000) dan Kunamony S Kandiah (RM50,000).

-- BERNAMA