BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI peruntuk RM60 juta khusus untuk program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini - PM Anwar | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM1.8 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti di 18 buah sekolah tahfiz, sekolah pondok di Terengganu sepanjang tahun ini - PM Anwar | Sekolah tahfiz, sekolah pondok seluruh negara perlu kuasai ilmu teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) - PM Anwar | PM Anwar mahu projek pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu di Marang disegerakan | Kerajaan fokus projek dan program pendidikan berkualiti demi menjamin masa depan golongan muda - PM Anwar | 

Bursa Malaysia Lantik Azizan Abd Aziz Sebagai Ketua Pegawai Kewangan Baharu

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd melantik Azizan Abd Aziz sebagai ketua pegawai kewangan (CFO) baharunya, berkuat kuasa 1 Ogos, 2025.

Ketua pegawai eksekutifnya Datuk Fad'l Mohamed berkata pengalaman luas Azizan dalam bidang kewangan akan memainkan peranan penting bersama pasukan kepimpinan dalam membantu mengukuhkan kecekapan operasi dan usaha strategik Bursa Malaysia bagi mengemudi landskap pasaran yang semakin dinamik.

“Menerusi kapasitinya sebagai CFO, beliau akan menyelia keseluruhan fungsi kewangan Bursa Malaysia, termasuk pelaporan kewangan dan pengurusan, perancangan korporat dan belanjawan,” kata Fad’l dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan merupakan CFO kumpulan bagi Bank Islam Malaysia Bhd.

-- BERNAMA