BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong titah UTM jalankan kajian pengaruh media sosial terhadap murid, pelajar - Istana Negara  | Raja Permaisuri Agong pandang serius kes rogol di sekolah, titah rujuk modul kempen TinDak wujudkan persekitaran sekolah selamat - Istana Negara | Kes tikam pelajar perempuan: Pentadbir sekolah akan dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah hingga siasatan selesai - KP KPM | KPM bekerjasama rapat dengan PDRM bagi perkukuh pemantauan keselamatan di sekolah seluruh negara - KP | KPM tidak anggap kes tikam pelajar dan salah laku seksual sebagai kes terpencil - KP | 

LGM Aktifkan Insentif Getah Bagi Mei Di Sabah Dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi pekebun kecil telah diaktifkan di Sabah dan Sarawak untuk Mei 2025, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Dalam satu kenyataan hari ini, LGM berkata IPG bagi Mei 2025 diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi cuplump (getah sekerap) berada di paras RM3.00 sekilogram ke bawah, dengan IPG bagi lateks diaktifkan serentak.

Menurut LGM, pada Mei 2025 harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap ialah RM3.00 sekilogram di Semenanjung Malaysia, RM2.75 sekilogram di Sabah dan RM2.64 sekilogram di Sarawak.

Sementara itu, di Sabah kadar IPG bagi getah sekerap dan lateks ialah 25 sen sekilogram bagi 50 peratus kandungan getah kering (KGK) dan 50 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.

Di Sarawak, kadarnya ialah 35 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan 70 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.

Bagi lateks, kadar IPG ditetapkan pada 90 sen sekilogram bagi kandungan 100 peratus KGK.

LGM berkata pekebun kecil di Sabah dan Sarawak adalah layak untuk menerima pembayaran IPG bermula 1-30 Jun, 2025 berdasarkan pengeluaran getah pada Mei 2025.

“IPG bagi getah sekerap dan lateks kekal tidak teraktif bagi Semenanjung Malaysia pada Mei 2025, jadi tiada pembayaran IPG akan dilakukan bagi bulan tersebut,” kata LGM.

--BERNAMA