BERITA TERKINI   Tiga warga Vietnam dipenjara 12 tahun dan denda RM128.9 juta atas 15 pertuduhan simpan bahagian hidupan liar tanpa permit sah | Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid meninggal dunia tengah hari tadi | Inflasi Malaysia naik 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Pada sesi penutup dagangan, kontrak Mei 2025 susut 1.0 mata kepada 1,526.0, Jun 2025 dan September 2025 turun 1.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,522.5 dan 1,506.5, dan Disember 2025 menyusut 3.0 mata kepada 1,512.

Jumlah dagangan melonjak kepada 62,385 lot daripada 33,899 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 103,479 kontrak daripada 73,526 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 2.68 mata kepada 1,523.48 daripada 1,526.16 pada Selasa.

-- BERNAMA