BERITA TERKINI   Majlis Media Malaysia platfrom terbaik uruskan isu etika kewartawanan - Fahmi | Jadual tarif elektrik baharu yang progresif bukti reformasi besar negara terhadap kecekapan tenaga, kurangkan kos pengguna - Fahmi | Lantikan Nurul Izzah, Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR beri kelebihan parti itu berdepan pilihan raya akan datang - Fahmi | Fahmi ucap tahniah kepada pasukan orkestra MRSM FELDA Trolak yang merangkul anugerah emas di Prague | 

Bursa Malaysia Ditutup Pada 2 Jun Sempena Cuti Umum Hari Keputeraan Agong

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 2 Jun 2025, sempena cuti umum menyambut Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. 

Bursa Malaysia menerusi satu kenyataan hari ini berkata bursa itu dan anak syarikatnya akan beroperasi semula pada 3 Jun, 2025 (Selasa).

Bagaimanapun, Pasaran utama Bursa Gold Dinar dan Bursa Suq Al-Sila’ akan kekal dibuka untuk dagangan semasa cuti umum, kata bursa itu.

-- BERNAMA