BERITA TERKINI   Bernama dipilih semula sebagai Ahli Lembaga Eksekutif OANA pada Perhimpunan Agung Ke-19nya di St. Petersburg | MPI: Bernama menang Perak dan Gangsa bagi Kategori Lintas Langsung Berita Radio Terbaik | MPI: Bernama Radio menang emas, perak dan gangsa bagi kategori Bicarawara Radio Terbaik. | MPI: Wartawan Penyiaran Radio Bernama Ahmad Irfan Che Mohd Ruzaidi menang gangsa bagi Kategori Dokumenteri Radio Terbaik | MPI: Wartawan Penyiaran Radio Bernama Nurliayana Farhah rangkul emas kategori Laporan Radio Terbaik | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Minyak

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini selepas didorong oleh pengukuhan dalam harga minyak mentah dan di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau memberitahu Bernama, sentimen pasaran juga telah dirangsang oleh data unjuran Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) yang mencerminkan pengeluaran getah asli global di tengah-tengah harapan yang semakin meningkat terhadap langkah-langkah rangsangan China.

Bagaimanapun, keuntungan selanjutnya telah dihadkan oleh konflik di Timur Tengah yang semakin memuncak, yang meningkatkan ketidakpastian ekonomi global. 

 ANRPC melaporkan bahawa pengeluaran getah asli global dijangka menokok sebanyak 0.5 peratus pada 2025 berbanding 2024. Pada masa yang sama, permintaan untuk getah asli dijangka mempunyai pertumbuhan yang lebih perlahan sebanyak 1.3 peratus tahun ini.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 naik 10 sen kepada 735.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal melonjak tiga sen kepada 627 sen sekilogram.

-- BERNAMA