BERITA TERKINI   RM254 juta diperuntukkan bagi program pembangunan koperasi tahun ini, tertinggi sejak penubuhan gerakan koperasi pada 1922 - Steven Sim. | Ladang Solar KLIA dijangka kurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 35,000 tan setahun - Fadillah | Inisiatif Ladang Solar KLIA sokong sasaran Malaysia capai 70 peratus penggunaan tenaga boleh baharu menjelang 2050 - Fadillah | Pelancaran Ladang Solar dan sistem penstoran tenaga (BESS) sokong operasi KLIA sebagai infrastruktur pengangkutan kritikal negara - TPM Fadillah | Dua PPS tempatkan mangsa kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang ditutup hari ini - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi | 

TNB Perkukuh Kedudukan Serantau Melalui Kerjasama Sektor Tenaga & Air Di Negara Teluk

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Unit Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB Remaco) memeterai kerjasama usaha sama strategik dengan Al-Dhow Engineering General Trading & Contracting Co. W.L.L. dari Kuwait.

Kerjasama itu dimuktamadkan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang menggariskan kerjasama dalam sektor penjanaan tenaga dan penyulingan air di rantau Majlis Kerjasama Teluk (GCC) selama dua tahun, melibatkan Kuwait, Bahrain, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Dalam satu kenyataan hari ini, TNB berkata usaha sama bersejarah itu diumumkan bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN–GCC ke-46, 2025.

Kedua-dua pihak diwakili oleh Pengarah Urusan TNB Remaco Abidin Sarjo dan Ketua Pegawai Eksekutif Al-Dhow Engineering Joe Georges Chidiac.

“Majlis pertukaran dokumen telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 Mei 2025, dan disaksikan oleh Putera Mahkota Kuwait Yang Amat Mulia Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TNB berkata perkongsian strategik ini mencerminkan peningkatan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Kuwait, sekali gus menyerlahkan peranan Malaysia yang semakin meningkat di Timur Tengah, khususnya dalam sektor penting seperti tenaga dan infrastruktur tenaga.

-- BERNAMA