BERITA TERKINI   Bekas PTD Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan terima wang hasil aktiviti haram RM145,000 | Bekas PAT Mohd Nizam Jaffar mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan guna kedudukan, terima lebih RM700,000 dan pecah amanah RM3 juta | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives menunjukkan aliran rendah dalam dagangan awal pada Selasa.

Pada 10 pagi, kontrak bulan semerta Mei 2025 susut 4.5 mata kepada 1,530.0, Jun 2025 berkurangan 3.0 mata kepada 1,528.50 dan September 2025 menyusut 5.0 mata kepada 1,512.0 manakala Disember 2025 tidak berubah pada 1,524.5.

Jumlah dagangan sebanyak 6,208 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 46,731 kontrak.

FBM KLCI susut 4.53 mata kepada 1,529.77 selepas 70 minit dagangan berbanding 1,534.30 semasa ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA