Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Sesi Awal
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives menyaksikan dagangan lebih tinggi pada sesi awal hari ini.
Pada 9.50 pagi ini, kontrak bulan semasa Mei 2025 naik 3.0 mata kepada 1,536.5, Jun 2025 menokok 1.5 mata kepada 1,534.5, September 2025 meraih 1.0 mata kepada 1,519.5 dan Disember 2025 menambah setengah mata kepada 1,525.5.
Jumlah dagangan sebanyak 4,307 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 40,059 kontrak.
FBM KLCI merosot 0.31 mata kepada 1,535.07 selepas 55 minit dagangan dijalankan berbanding 1,535.38 ketika ditutup pada Jumaat.
-- BERNAMA