BERITA TERKINI   Sekolah Angkat MADANI: Tokoh korporat dan penaja digalak turun padang santuni pelajar, kongsi pengalaman – PM Anwar | Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia nikmati kadar elektrik lebih adil - Suruhanjaya Tenaga | Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu | Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$119.9 bilion pada 13 Jun, 2025, berbanding US$119.60 bilion yang dicatatkan pada 30 Mei 2025 | Penapis, pengilang gula di Malaysia boleh mohon pengecualian cukai kepada Jabatan Kastam - Kementerian Kewangan | 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan 6 Hari Berturut-Turut

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi hari ini mengakhiri penurunan enam hari berturut-turut disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah berikutan sentimen mengelak risiko yang bertambah baik. 

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 8.36 mata atau 0.55 peratus kepada 1,535.38 daripada paras penutup 1,527.02 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 4.91 mata kepada 1,531.93, turun naik antara paras 1,531.76 dan 1,536.75 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 468 berbanding 447, manakala 506 kaunter tidak berubah, 998 tidak diniagakan dan 41 digantung.

Jumlah dagangan turun sedikit kepada 2.72 bilion unit bernilai RM2.17 bilion daripada 2.78 bilion unit bernilai RM2.15 bilion pada Khamis.

 Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI pulih semula daripada penurunan selama enam hari berturut-turut dengan dagangan mencatatkan pemulihan bermula pada sesi pagi dan kekal berterusan sehingga sesi penutup.  

Beliau berkata sentimen risiko yang bertambah baik, ditambah pula dengan penurunan hasil Perbendaharaan AS, mendorong aktiviti membeli saham berharga rendah dalam saham permodalan besar terpilih.

"Terutamanya, penurunan hasil bon selepas lonjakan yang kukuh memberikan kelegaan kepada sektor yang sensitif kepada pergerakan kadar, khususnya saham perbankan tempatan yang menerajui kenaikan hari ini.

“Hasilnya, kami melihat lantunan dalam kedua-dua indeks sektor kewangan dan juga kaunter perbankan utama, yang memberi sumbangan positif kepada prestasi indeks keseluruhan," katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 6.0 sen kepada RM9.88, Public Bank melonjak 10 sen kepada RM4.40, CIMB naik 9.0 sen kepada RM6.94, IHH Healthcare menokok 2.0 sen kepada RM6.90, Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14, dan YTL Power susut 21 sen kepada RM3.39.

Dalam kalangan saham cergas, Eco-Shop yang memulakan dagangan sulungnya di Pasaran Utama hari ini meningkat 7.0 sen kepada RM1.20, MYEG dan Tanco kedua-duanya meningkat 2.5 sen masing-massing kepada 92 sen dan 97.5 sen, Aizo tidak berubah pada 8.5 sen, dan Barakah Offshore susut 2.5 sen kepada setengah sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 54.39 mata kepada 11,474.05, Indeks FBMT 100 meningkat 57.35 mata kepada 11,233.10, Indeks FBM Emas Shariah naik 43.20 mata kepada 11,426.22,  Indeks FBM 70 menokok 68.39 mata kepada 16,350.26, dan Indeks FBM ACE menambah 3.39 mata kepada 4,615.94.   

Di seluruh sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat sebanyak 169.33 mata kepada 18,102.58, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.29 mata kepada 154.04, Indeks Tenaga menokok 4.07 mata kepada 710.77 manakala Indeks Perladangan mengukuh 24.24.5 mata kepada 7,330.31.   

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.41 bilion unit bernilai RM1.98 bilion daripada 1.23 bilion unit bernilai RM1.90 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran susut kepada 1.11 bilion unit bernilai RM130.73 juta daripada 1.29 bilion unit bernilai RM169.74 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 204.53 juta bernilai RM64.75 juta daripada 260.76 juta bernilai RM83.47 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 366.55 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (170.02 juta) pembinaan (81.52 juta), teknologi (145.17 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (59.76 juta), hartanah (155.55 juta), perladangan (11.89 juta), REITs (15.04 juta), dana tertutup (17,700), tenaga (192.30 juta), tenaga (192.30 juta), penjagaan kesihatan (36.43 juta), telekomunikasi dan media (70.43 juta), pengangkutan dan logistik (18.15 juta), utiliti (86.07 juta), dan amanah perniagaan (55,700).

 

-- BERNAMA