BERITA TERKINI   Tiga warga Vietnam dipenjara 12 tahun dan denda RM128.9 juta atas 15 pertuduhan simpan bahagian hidupan liar tanpa permit sah | Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid meninggal dunia tengah hari tadi | Inflasi Malaysia naik 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.  

Pada penutup dagangan, kontrak Mei 2025 turun 17.0 mata kepada 1,528.0, Jun 2025 susut 17.5 mata kepada 1,527.0, September 2025 berkurangan 19.0 mata kepada 1,511.0 manakala Disember 2024 jatuh 18.0 mata kepada 1,518.0. 

Jumlah dagangan melonjak kepada 10,710 lot daripada 4,207 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 45,700 kontrak daripada 38,705 kontrak. 

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 17.78 mata kepada 1,527.02 daripada paras penutup 1,544.80 pada Rabu.

-- BERNAMA