BERITA TERKINI    KLFA perkukuh kerjasama dengan KBS dalam pembangunan jurulatih dan program belia - Fahmi | KLFA sedang kukuh kerjasama dengan KPM dalam memperkasa bola sepak di peringkat sekolah - Fahmi | PM Anwar umum dana RM1 juta kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur | Tiga ladang ternakan babi di Tasek Gelugor, Pulau Pinang disahkan positif penyakit demam babi Afrika - Pengarah JPV Negeri | KLFA perkukuh kerjasama dengan KBS dalam pembangunan jurulatih dan program belia - Fahmi | KLFA sedang kukuh kerjasama dengan KPM dalam memperkasa bola sepak di peringkat sekolah - Fahmi | PM Anwar umum dana RM1 juta kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur | Tiga ladang ternakan babi di Tasek Gelugor, Pulau Pinang disahkan positif penyakit demam babi Afrika - Pengarah JPV Negeri |

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini apabila ketegangan geopolitik mereda dan pasaran global kembali stabil.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata apabila aset berisiko dan pasaran bon semakin stabil sepanjang sesi Asia dan London, permintaan terhadap aset selamat tradisional seperti emas sedikit menurun.

“Namun, emas kekal disokong oleh kebimbangan struktur, terutamanya defisit fiskal AS yang semakin meningkat, yang terus menjejaskan keyakinan terhadap dolar dalam jangka masa panjang,” katanya kepada Bernama.

Kontrak bulan semerta Mei 2025 turun kepada US$3,310.80 setiap auns troy daripada US$3,317.20 setiap auns troy semalam, manakala kontrak Jun 2025 merosot kepada US$3,323.80 setiap auns troy daripada US$3,330.20 setiap auns troy.

Kontrak Julai, Ogos dan Oktober 2025 masing-masing jatuh kepada US$3,337.50 setiap auns troy daripada US$3,343.90 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menurun kepada 559 lot daripada 665 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 597 kontrak daripada 698 kontrak semalam.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 21 Mei, harga emas fizikal berada pada US$3,299.65 setiap auns troy.

-- BERNAMA