BERITA TERKINI   Syarikat berpangkalan di Singapura telah melabur lebih S$5.5 bilion ke Johor sejak pemeteraian MoU JS-SEZ -- TPM Singapura Gan | Kerajaan menimbang meningkatkan Dana Pembangunan Perniagaan Malaysia-Singapura bagi membantu lebih banyak PKS mendapat peluang perniagaan rentas sempadan – Tengku Zafrul | Semua projek pembuatan bagi industri tidak sensitif dalam sektor ekonomi yang dikenal pasti di JS-SEZ akan diberikan kelulusan pantas untuk Lesen Pengilangan (ML) dalam tempoh 7 hari bekerja - Tengku Zafrul | Tambahan RM200 juta yang diperuntukkan kepada CoSIF di bawah Belanjawan 2026 membolehkan pelaburan bersama dalam projek berimpak tinggi oleh PKS Malaysia di JS-SEZ - Tengku Zafrul | Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan pastikan kes pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut ditikam disiasat secara telus dan adil - Fadhlina  | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar.

Ketika ditutup, Mei 2025 turun 2.5 mata kepada 1,545.0, Jun 2025 dan September 2025 masing-masing susut 2.0 mata kepada 1,544.5 dan 1,530.0, manakala Disember 2024 merosot 4.0 mata kepada 1,536.0. 

Jumlah dagangan turun kepada 4,207 lot daripada 4,936 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka juga menyusut kepada 38,705 kontrak daripada 39,281 kontrak semalam.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurang 4.07 mata atau 0.26 peratus kepada  1,544.80 daripada 1,548.87 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA