BERITA TERKINI   MARA Corp sasar kurangkan kerugian terkumpul kepada RM49.7 juta menjelang akhir 2026, capai prestasi keuntungan terkumpul menjelang akhir 2027 - Ketua Pengarah | MARA sasar jana nilai melalui pelaburan bersasar, berimpak tinggi berjumlah RM2.2 bilion menjelang 2030, meliputi inisiatif kredit karbon dan pembangunan hartanah bernilai tinggi - Ketua Pengarah | Kerajaan setuju bayar RM200 sebagai pendahuluan Bantuan Khas Insentif Pembajakan, manfaatkan hampir 240,000 pesawah - PM Anwar | Kadar sewa premis semua agensi kerajaan Persekutuan seperti MARA dan UDA dikurangkan, bantu peniaga kecil - PM Anwar | Cuaca panas: TUDM, Bomba diarah tingkat aktiviti pembenihan awan di utara Semenanjung bagi atasi kesukaran dihadapi petani - PM Anwar | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi kebanyakannya ketika awal dagangan pada Selasa.

Pada 9.40 pagi, Mei 2025 susut 0.5 mata kepada 1,552.5, Jun 2025 naik 0.5 mata kepada 1,553.0, September 2025 meningkat 5.5 mata kepada 1,543.0, dan Disember 2025 menambah 1.5 mata kepada 1,547.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,230 lot manakala kepentingan terbuka pada 35,891 kontrak.

Selepas 40 minit dagangan, FBM KLCI turun 3.83 mata kepada 1,552.31 daripada 1,556.14 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA