BERITA TERKINI   UniKL-ASTI akan jadi komponen penting dalam ekosistem pembangunan logistik serantau, Perlis sebagai hab strategik - Ahmad Zahid | Kampus UniKL-ASTI bakal jadi pemangkin utama perkasa pendidikan tinggi teknikal berasaskan pengangkutan, logistik mapan - Ahmad Zahid | Penubuhan UniKL-ASTI di Padang Besar langkah strategik pendidikan, logistik negara - Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar. 

Pada sesi penutup, kontrak Mei 2025 dan September 2025 turun 14.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,553.0 dan 1,537.5, manakala Jun 2025 susut 15.0 mata kepada 1,552.5 dan Disember 2025 berkurangan 14.5 mata kepada 1,545.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 5,451 lot daripada 5,912 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka naik sedikit kepada 39,659 kontrak daripada 39,634 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 15.61 mata atau 0.99 peratus kepada 1,556.14  daripada paras penutup 1,571.75 pada Jumaat.

-- BERNAMA