BERITA TERKINI   Seorang lelaki maut dan tujuh lagi cedera dalam kemalangan di KM 433 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Rawang awal pagi tadi - Bomba Selangor | Seramai 31 mangsa terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di KM433 Lebuhraya PLUS arah selatan awal pagi tadi - Bomba Selangor | 

Unit Uzma Raih Kontrak Di Perairan Malaysia Timur Daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Uzma Bhd,  Uzma Engineering Sdn Bhd memperoleh kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan log talian wayar elektrik (EWL) tanpa bantuan pelantar (NRA).

Uzma berkata kontrak itu yang diperoleh menerusi surat lantikan (LOA) bagi kerja-kerja di perairan Malaysia Timur untuk tempoh tiga tahun, bermula 26 Mac 2025 hingga 25 Mac 2028.

"Kontrak tersebut merangkumi perkhidmatan perundingan teknikal, penyediaan unit talian elektrik, perkhidmatan log, perforasi, perkhidmatan pemasangan plug/packer serta pelbagai perkhidmatan lain untuk semua jenis telaga," katanya dalam makluman kepada bursa.

Kontrak ini dijangka menyumbang kepada pendapatan syarikat serta aset bersih setiap saham bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2025 dan seterusnya sehingga kontrak tamat.

-- BERNAMA