Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan prestasi pasaran tunai yang lebih baik.
Kontrak Mei 2025 meningkat sebanyak 28.0 mata kepada 1,573.0, Jun 2025 naik 29.5 mata kepada 1,572.5, September 2025 menokok 29.0 mata kepada 1,556.0 dan Disember 2025 mengukuh 28.5 mata kepada 1,565.0.
Jumlah dagangan bertambah kepada 9,618 lot berbanding 4,302 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 42,519 kontrak berbanding 36,502 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak sebanyak 2.32 peratus atau 35.89 mata kepada 1,582.39 daripada 1,546.50 ketika ditutup pada Jumaat.
-- BERNAMA