Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi seiring dengan prestasi pasaran tunai yang lebih baik.
Kontrak Mei 2025 naik 10 mata kepada 1,545.0, Jun 2025 menokok 13 mata kepada 1,543.0, September 2025 meningkat 13.5 mata kepada 1,526.5, dan Disember 2025 naik 11 mata kepada 1,536.50.
Jumlah dagangan menyusut kepada 4,344 lot daripada 5,790 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka turun kepada 36,250 kontrak daripada 38,699 kontrak sebelum itu.
Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 0.85 peratus atau 13.1 mata kepada 1,549.9 daripada 1,536.8 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA