BERITA TERKINI   Notis pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji sudah diserah kepada SPR - Speaker DUN Perlis | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran tunai yang lebih rendah.

Kontrak Mei 2025 dan Jun 2025 masing-masing berkurangan 4.0 mata kepada 1,535.00 dan 1,530.00,  September 2025 rendah 3.5 mata kepada 1,513.00 dan Disember 2025 susut 2.0 mata kepada 1,525.50.

Jumlah dagangan susut kepada 5,790 lot daripada 5,618 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka merosot kepada 38,699 kontrak daripada 38,851 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI rendah sebanyak 0.18 peratus atau 2.74 mata kepada 1,536.80 daripada 1,539.54 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA