BERITA TERKINI   Jumlah rizab LTAT meningkat 29.1 peratus tahun ke tahun kepada RM1.31 bilion berbanding RM1.01 bilion pada tahun kewangan 2024 | LTAT catat RM749.49 juta dalam pendapatan pelaburan bagi tahun kewangan 2025, keuntungan boleh agih berjumlah RM541.56 juta. | LTAT isytihar dividen 5.35 peratus, RM524.74 juta bagi tahun kewangan 2025, tertinggi dalam tempoh lapan tahun | Ekonomi Malaysia masih menunjukkan daya tahan yang kukuh walaupun berdepan cabaran geopolitik global - Akmal Nasrullah | Konflik Asia Barat dipantau secara menyeluruh dari sudut makroekonomi, termasuk menilai kesannya terhadap inflasi, rantaian bekalan dan kos logistik - Akmal Nasrullah | 

Kontrak Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Secara Berhati-hati Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan, dengan dagangan secara berhati-hati mungkin berterusan berikutan aliran rendah dan ketidaktentuan pasaran global yang berpanjangan.

RHB Investment Bank Bhd menjelaskan peniaga dijangka kekal berhati-hati kerana momentum kenaikan harga aset selamat yang berterusan baru-baru ini kini kelihatan semakan lemah.

“Kami mengekalkan kecenderungan dagangan menurun memandangkan tekanan negatif,” tambahnya dalam nota penyelidikan.

Bank pelaburan itu berpendapat sokongan serta merta bagi emas adalah pada US$3,200 setiap auns troy manakala rintangan pada US$3,400 setiap auns troy.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Mei 2025 susut kepada US$3,274.10 setiap auns troy daripada US$3,316.20 setiap auns troy minggu lepas.

Jun 2025, Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 masing-masing turun kepada US$3,288.10 setiap auns troy daripada US$3,332.80 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 352 lot daripada 871 lot yang dicatatkan minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 40 kontrak daripada 88 kontrak.

Berdasarkan penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 1 Mei, emas fizikal berharga US$3,214.75 setiap auns troy.

-- BERNAMA