Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran tunai.
Kontrak April 2025 naik 9.0 mata kepada 1,509.0, Mei 2025 meningkat 8.0 mata kepada 1,507.0, Jun 2025 menokok 6.5 mata kepada 1,504.0 dan September 2025 menambah 10.0 mata kepada 1,491.5.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 25,388 lot daripada 27,880 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 69,580 kontrak daripada 68,239 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI naik 2.68 mata atau 0.18 peratus kepada 1,509.20 daripada paras penutup 1,506.52 sebelumnya.
-- BERNAMA