BERITA TERKINI   Bekas Pengarah Jabatan Air Sabah dipenjara lapan tahun dan didenda RM284.3 juta selepas didapati bersalah atas 12 tuduhan pengubahan wang haram | Kerajaan kekalkan bantuan Budi MADANI Diesel RM300 sebulan, bantuan tambahan interim RM100 kepada penerima yang layak - Akmal Nasrullah | Insentif pembajakan kepada pesawah sebanyak RM300 sehektar mula disalur hari ini - Akmal Nasrullah | Kadar inflasi Malaysia masih sederhana, terkawal berbanding beberapa negara serantau dan ekonomi utama dunia - Akmal Nasrullah | Lima subsektor pembuatan paling terkesan ialah automotif & komponen, makanan & minuman, plastik & pembungkusan, kimia & petrokimia serta E&E - Akmal Nasrullah | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Prestasi Niaga Hadapan Serantau

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan Jumaat dengan lebih rendah, menjejaki prestasi niaga hadapan serantau bagi komoditi itu selain pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran kekal suram di tengah-tengah kebimbangan mengenai ketidaktentuan ekonomi global susulan ketegangan perang dagangan dan geopolitik yang meruncing.

“Bagaimanapun, penyusutan seterusnya dapat dikekang oleh peningkatan harga minyak serta sentimen optimis berkaitan pemulihan ekonomi China yang disokong oleh langkah-langkah rangsangan,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia SMR 20 turun 4.0 sen kepada 752.50 sen sekilogram manakala lateks pukal turun 5.0 sen kepada 625.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA