BERITA TERKINI   Sekolah Angkat MADANI: Tokoh korporat dan penaja digalak turun padang santuni pelajar, kongsi pengalaman – PM Anwar | Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia nikmati kadar elektrik lebih adil - Suruhanjaya Tenaga | Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu | Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$119.9 bilion pada 13 Jun, 2025, berbanding US$119.60 bilion yang dicatatkan pada 30 Mei 2025 | 

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM30.90 bilion daripada RM26.96 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam susut kepada RM17.99 bilion daripada RM19.87 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik. Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM30.9 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM18.0 bilion, kedua-duanya bagi kematangan sehari. 

Setakat 18 April, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.

-- BERNAMA