BERITA TERKINI   Pemegang MyKad lama tidak diwajibkan menukar MyKad baharu yang diperkenal pada Jun ini - Saifuddin Nasution | MyNIISe dijangka bantu kurangkan isu kesesakan di pintu-pintu utama negara - Saifuddin Nasution | Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi Hari Raya Aidiladha ditetapkan 17 Mei - Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja | Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu melulu hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan di Batu Pahat Selasa lepas | PM Anwar tiba untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 yang diadakan di Cebu, Filipina | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Meningkat Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat dalam tempoh terdekat disokong oleh sentimen yang bertambah baik sejajar dengan prestasi di pasaran tunai.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata bagaimanapun risiko luar masih lagi kekal.

“Tumpuan utama minggu depan adalah lawatan delegasi Malaysia ke Washington, yang diketuai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk mengadakan perbincangan mengenai tarif.

"Pasaran optimis dalam berhati-hati, mengambil kira hasil yang pragmatik memandangkan rekod prestasi baik Tengku Zafrul dalam diplomasi perdagangan. Rangka kerja yang jelas untuk menangani tarif era Donald Trump boleh meningkatkan lagi sentimen," katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak April 2025 meningkat 49.0 mata kepada 1,497.0, Mei 2025 menambah 48.0 mata kepada 1,494.5, Jun 2025 menokok 46.5 mata kepada 1,489.5, dan September 2025 naik 45.0 mata kepada 1,475.0.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 38,435 lot daripada 75,774 lot sebelumnya manakala kepentingan terbuka turun kepada 43,793 kontrak daripada 47,008 .

Indeks petunjuk pasaran tunai meningkat kepada 44.64 mata kepada 1,499.40 daripada 1,454.76 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA