Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.17 pagi, April 2025 menambah 7.5 mata kepada 1,491.0, Mei 2025 naik 7.0 mata kepada 1,488.0, Jun 2025 meningkat 6.5 mata kepada 1,483.5 dan September 2025 naik 6.0 mata kepada 1,466.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,664 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,628 kontrak.  

Sementara itu, FBM KLCI naik 5.04 mata kepada 1,488.31 selepas 37 minit dagangan daripada 1,483.27 pada Khamis.  

-- BERNAMA