BERITA TERKINI   Kerajaan peruntuk RM96 juta naik taraf JRTB melibatkan jajaran di Kelantan - Nanta | Penilai bebas mengesahkan sistem aerotren KLIA beroperasi mengikut perancangan - Malaysia Airports | Ketersediaan operasi perkhidmatan aerotren KLIA meningkat 100 peratus pada Disember 2025 berbanding 98.67 peratus pada Julai - Malaysia Airports | Ketersediaan operasi perkhidmatan Aerotrain KLIA meningkat 100 peratus pada Disember 2025 berbanding 98.67 peratus pada Julai - Malaysia Airports | Penilai bebas mengesahkan sistem Aerotrain KLIA beroperasi mengikut perancangan - Malaysia Airports | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPURn 17 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini.

Pada 9.16 pagi, April 2025 menambah 3.0 mata kepada 1,467.5, manakala Mei 2025 dan Jun 2025 masing-masing meningkat 3.5 mata kepada 1,466.0 dan 1,462.0 serta September 2025 naik 4.0 mata kepada 1,447.5.

Jumlah dagangan mencecah 1,401 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 44,447 kontrak.

Selepas 37 minit dagangan, FBM KLCI susut 1.35 mata kepada 1,475.57 daripada 1,476.92 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA