BERITA TERKINI   Bursa sasar permodalan pasaran IPO RM28 bilion tahun ini daripada RM27.4 bilion pada 2025 dengan tumpuan kepada penyenaraian yang lebih besar dan berkualiti tinggi - Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia | Kerajaan sedang gubal Akta Keterjaminan Makanan Negara, asas perundangan kukuh pelihara kedaulatan makanan - TPM Fadillah | Dasar Keterjaminan Makanan Negara (DKMN) 2030 pacu transformasi sektor agromakanan negara - TPM Fadillah | RM254 juta diperuntukkan bagi program pembangunan koperasi tahun ini, tertinggi sejak penubuhan gerakan koperasi pada 1922 - Steven Sim. | Ladang Solar KLIA dijangka kurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 35,000 tan setahun - Fadillah | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran kekal suram berikutan kebimbangan mengenai ketidaktentuan ekonomi global disebabkan perang perdagangan yang meningkat dan ketegangan geopolitik.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh optimisme mengenai potensi pelepasan tarif daripada Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama.

Pada Selasa, niaga hadapan getah Jepun merosot, dipengaruhi oleh yen yang lebih kukuh dan prospek bekalan yang lebih baik.

Bagaimanapun, katanya potensi pelepasan daripada tarif berkaitan sektor automotif AS membantu mengurangkan penurunan tersebut.

“Dilaporkan kawasan pengeluaran getah di Yunnan, China, telah memasuki musim menoreh getah manakala kawasan pengeluaran di luar negara akan menoreh pokok getah muda tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata pemain pasaran kekal berhati-hati berikutan pentadbiran Donald Trump terus mempertimbangkan pelaksanaan tarif ke atas import semikonduktor dan farmaseutikal.

Katanya Trump sedang mempertimbangkan pindaan terhadap tarif sebanyak 25 peratus  yang dikenakan ke atas import kenderaan dan alat ganti kenderaan dari Mexico, Kanada dan negara lain.

Setakat 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 9.5 sen kepada 757.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan empat sen kepada 654.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA