BERITA TERKINI   Kementerian Pendidikan perlu lebih berusaha untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris - PM Anwar | Presiden Trump dan PM Li Qiang akan melawat Malaysia bulan depan semasa mesyuarat ASEAN, Presiden Putin sedang mempertimbangkan - PM Anwar | Perdana Menteri baharu Thailand, Anutin komited untuk memastikan keamanan dengan Kemboja - PM Anwar | PM Anwar menyifatkan ASEAN sebagai unik dan salah satu rantau paling aman di dunia | Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam protes di Nepal | 

Bursa Malaysia Tolak Permohonan REB Lanjut Tarikh Akhir Kemuka Pelan Regularisasi

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Permohonan Reach Energy Bhd (REB) untuk melanjutkan tarikh akhir bagi mengemukakan pelan regularisasi kepada pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan telah ditolak oleh Bursa Malaysia.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya bursa menolak permohonan itu berikutan REB tidak memperlihatkan sebarang perkembangan penting dalam memuktamadkan dan menyerahkan pelan regularisasi itu kepada pihak berkuasa kawal selia, yang memenuhi kehendak Bursa Malaysia.

Syarikat itu telah menyerahkan permohonan pada 19 Mac 2025.

REB dalam kenyataan berasingan berkata, susulan penolakan itu, dagangan sekuritinya akan digantung berkuat kuasa 22 April dan nyahsenarai pada 24 April melainkan rayuan terhadap penyahsenaraian itu dikemukakan kepada Bursa Securities pada atau sebelum 21 April.

“Selepas nyah senarai, syarikat masih wujud tetapi sebagai entiti yang tidak disenaraikan dan akan meneruskan operasi serta perniagaannya seperti biasa serta melaksanakan penstrukturan semula korporat.

"Pemegang saham masih boleh meraih manfaat daripada prestasi syarikat. Bagaimanapun, mereka akan memegang saham yang tidak lagi disebut harga dan diniagakan di Bursa Securities," katanya.

-- BERNAMA