BERITA TERKINI   MCMC pertimbang saman X susulan Grok gagal patuhi undang-undang keselamatan negara - Fahmi | MPOB akan perkenalkan harga rujukan rasmi Minyak Masak Terpakai pada suku pertama 2026 - Noraini Ahmad | Harga purata minyak sawit mentah meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM4,292 satu tan pada 2025 daripada RM4,179 pada 2024 - Noraini Ahmad | Hasil eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit dijangka melebihi RM100 bilion dengan pengeluaran minyak sawit mentah menghampiri 20 juta tan - Noraini Ahmad | Skandal rasuah libatkan ATM, MINDEF berskala besar, akan bertemu Menteri Pertahanan dalam masa terdekat - Azam Baki | 

MITI Bentang Analisis Baharu Impak Tarif AS Di Mesyuarat NGCC Esok - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Analisis baharu mengenai impak susulan perubahan terkini tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi negara akan dibentangkan pada mesyuarat Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) esok, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Setiap hari ada perkembangan baharu. Terkini, (Presiden Donald) Trump beri pengecualian tarif untuk telefon pintar dan komputer. 

"Perubahan macam ni memaksa kita buat analisis baru dengan segera untuk tahu impaknya pada ekonomi negara. Analisis tepat, strategi pun tepat," katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.

Pada 7 April, Tengku Zafrul berkata NGCC diaktifkan bagi tujuan menangani kesan tarif AS.

-- BERNAMA