BERITA TERKINI   Ekonomi dianggarkan berkembang sederhana sebanyak 4.4 peratus pada separuh pertama 2025 - DOSM | KDNK Malaysia pada suku kedua 2025 dijangka berkembang 4.5 peratus, didorong oleh permintaan domestik yang kukuh di sebalik cabaran global - DOSM | Perdagangan Malaysia meningkat 4.8 peratus tahun ke tahun kepada RM1.465 trilion pada separuh pertama 2025 - MITI | Mohamed Usuf pangku jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur berkuatkuasa hari ini - Bukit Aman | Enproserve mula disenaraikan di Pasaran ACE pada 26 sen, naik dua sen berbanding harga IPO sebanyak 24 sen, dengan 5.31 juta saham diniagakan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kukuh

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kukuh hari ini sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang mantap.

Pada penutup, kontrak April 2025 naik 56.5 mata kepada 1,462.0, Mei 2025 menambah 58.0 mata kepada 1,460.0, Jun 2025 mencatatkan keuntungan 56.0 mata kepada 1,456.0 dan September 2025 menokok 54.0 mata kepada 1,442.5.

Jumlah dagangan jatuh kepada 13,840 lot berbanding 18,036 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 50,029 kontrak daripada 54,219 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 62.54 mata, bertambah sebanyak 4.47 peratus kepada 1,463.13 daripada 1,400.59.

-- BERNAMA