BERITA TERKINI   Sultan Pahang titah pembinaan Hospital Maran supaya disegerakan | Gelaran, darjah kebesaran bukan perisai untuk bermaharajalela - Sultan Pahang | Malaysia cadang Thailand, Kemboja guna mekanisma Jawatankuasa Am Sempadan selesaikan pertelingkahan diplomatik - Mohamad Hasan | PM Anwar akan terus berhubung dengan Pemangku PM Thailand dan PM Kemboja bagi mencadang proses damai libat kedua-dua negara | Permohonan sertai bidang TVET meningkat daripada 25,000 kepada 229,000 pemohon dalam tempoh dua tahun -- TPM Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.  

Kontrak April 2025 dan Mei 2025 turun 70.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,432.5 dan 1,431.0, Jun 2025 susut 65.5 mata kepada 1,429.0 dan September 2025 berkurangan 68.0 mata kepada 1,414.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 20,217 lot daripada 8,073 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 56,474 kontrak daripada 44,881 kontrak. 

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 60.34 mata kepada 1,443.80 daripada paras penutup 1,504.14 sebelumnya.

-- BERNAMA