BERITA TERKINI   Malaysia harus berani terima inovasi untuk kekal bersaing di peringkat global, berpandukan nilai, kebertanggungjawaban, keterangkuman dan ihsan - TPM Fadillah | Dua lelaki maut tertimbus di bawah timbunan tebing tanah dekat Ladang Sawit Jerimbong, Jeli semalam - Bomba | 

Etiqa Kecualikan Syarat Kepada Pelanggan Insurans Yang Terjejas Oleh Letupan Di Putra Heights

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bahagian insurans dan takaful Maybank, Etiqa, mengumumkan bahawa ia akan melindungi  semua kenderaan, kemalangan peribadi, kebakaran runcit, pemilik rumah dan pelanggan yang terjejas berikutan letupan gas di Putra Heights.

Etiqa melalui satu kenyataan berkata ia akan mengecualikan keperluan laporan polis untuk memudahkan pemprosesan tuntutan. 

 Pelanggan boleh mengemukakan tuntutan mereka melalui Hotline Khas ETIQA - Tuntutan Letupan Putra Heights di talian +6011 1630 6646 (WhatsApp) atau +6032692 8188. 

-- BERNAMA