BERITA TERKINI   Bekas PTD Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan terima wang hasil aktiviti haram RM145,000 | Bekas PAT Mohd Nizam Jaffar mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan guna kedudukan, terima lebih RM700,000 dan pecah amanah RM3 juta | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah semasa awal dagangan pada Jumaat.

Pada 9.15 pagi, Mac 2025 susut 5.0 mata kepada 1,527.5, April 2025 turun 6.0 mata kepada 1,524.0, Jun 2025 berkurangan 7.0 mata kepada 1,517.0, dan September 2025 merosot 7.5 mata kepada 1,505.5.

Jumlah dagangan mencecah 3,100 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 51,715 kontrak.

Selepas 36 minit dagangan, FBM KLCI turun 7.38 mata kepada 1,528.35 daripada 1,535.73 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA