BERITA TERKINI   Bernama dipilih semula sebagai Ahli Lembaga Eksekutif OANA pada Perhimpunan Agung Ke-19nya di St. Petersburg | MPI: Bernama menang Perak dan Gangsa bagi Kategori Lintas Langsung Berita Radio Terbaik | MPI: Bernama Radio menang emas, perak dan gangsa bagi kategori Bicarawara Radio Terbaik. | MPI: Wartawan Penyiaran Radio Bernama Ahmad Irfan Che Mohd Ruzaidi menang gangsa bagi Kategori Dokumenteri Radio Terbaik | MPI: Wartawan Penyiaran Radio Bernama Nurliayana Farhah rangkul emas kategori Laporan Radio Terbaik | 

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$118.0 Bilion Pada 14 Mac 2025

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$118.0 bilion pada 14 Mac, 2025 berbanding US$118.3 bilion pada 28 Feb, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah keseluruhan hutang luar jangka pendek.

Komponen utama rizab itu merangkumi rizab matawang asing (US$105.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (US$5.7 bilion), emas (US$3.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.2 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM639.86 bilion, merangkumi emas, pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk hak pengeluaran khas (RM527.99 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.72 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM11.35 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.81 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion) dan aset-aset lain (RM67.72 bilion). 

BNM berkata keseluruhan modal dan liabiliti berjumlah RM639.86 bilion, merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM193.71 bilion), mata wang dalam edaran (RM175.87 bilion), deposit institusi kewangan (RM141.51 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM7.32 bilion), lain-lain deposit (RM79.80 bilion), kertas Bank Negara (RM10.70 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM28.18 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.65 bilion).

-- BERNAMA