BERITA TERKINI   Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tohmahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Pelantikan MB Perlis baharu diharap dapat hentikan segala tomahan, spekulasi dan tuduhan - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Raja Perlis | Semua ADUN PN di Perlis dititah kembali bersatu demi kepentingan rakyat dan negeri - Sultan Perlis | ADUN Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah angkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini, seiring dengan pendasar pasaran tunai.

 Mac 2025, April 2025 serta September 2025, semua naik sebanyak 6.0 mata kepada 1,500.0, 1,505.0 dan 1,492.0, manakala April 2025 memperoleh 6.5 mata kepada 1,502.50.

Jumlah dagangan melonjak kepada 15,437 lot berbanding 9,030 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 54,340 kontrak daripada 45,533 kontrak.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 1.29 mata kepada 1,505.45 daripada 1,504.16.

-- BERNAMA