BERITA TERKINI   PRK Kinabatangan, Lamag: pusat pengundian awal ditutup pada 5 petang ini - SPR | Terbitan bon korporat Malaysia diunjurkan sebanyak RM130 bilion–RM140 bilion pada 2026, melebihi purata sejarah RM122 bilion -- RAM Ratings | PRK Kinabatangan: Sebanyak 89.42 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 3 petang - SPR | PRK Lamag: Sebanyak 89.89 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 3 petang - SPR | Maybank memperuntukkan RM10 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang untuk memodenkan dan memantapkan teknologinya - Presiden Kumpulan Khairussaleh Ramli | 

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan petunjuk lemah daripada rakan pasaran serantau dan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terjejas akibat kebimbangan peniaga terhadap ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan ketidaktentuan ekonomi global.

"Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kekurangan bahan mentah susulan musim daun getah luruh di negara pengeluar utama getah asli serta peningkatan harapan terhadap langkah rangsangan tambahan dari China," katanya kepada Bernama.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan setakat 3 petang, Getah Mutu Malaysia (SMR) 20 susut 4.5 sen kepada 880 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot lima sen kepada 688.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA