Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kenaikan dalam kadar asas pasaran tunai.
Pada 9.40 pagi, Mac 2025 melonjak 13.0 mata kepada 1,507.0 serta April 2025, Jun 2025 dan September 2025, masing-masing meningkat 12.5 mata kepada 1,508.5, 1,512.0 dan 1,498.5.
Jumlah dagangan sebanyak 2,873 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,170 kontrak.
FBM KLCI naik 3.57 mata kepada 1,507.73 daripada 1,504.16 semalam selepas 40 minit dagangan.
-- BERNAMA