BERITA TERKINI   Umat ​​Islam di Thailand menyambut Aidilfitri pada Sabtu - Sheikhul Islam | Umat ​​Islam di Singapura akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu (21 Mac) - Mufti Singapura | Umat ​​Islam di Indonesia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac - Menteri Hal Ehwal Agama | Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja | 

Takaful Ikhlas Rekod Agihan Lebihan Tertinggi Sebanyak RM6.3 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Takaful Ikhlas General Bhd, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd, merekodkan agihan lebihan tertinggi sebanyak RM6.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024.

Dalam satu kenyataan, Takaful Ikhlas berkata lebihan yang dijana daripada Dana Risiko Peserta (PRF) syarikat itu memberi manfaat kepada kira-kira 1.1 juta peserta yang layak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata pencapaian itu menunjukkan komitmen syarikat terhadap daya tahan kewangan dan pengurusan risiko yang bertanggungjawab.

“Agihan lebihan ini mengesahkan komitmen Takaful Ikhlas terhadap dan amalan perniagaan bertanggungjawab dan beretika sejajar dengan nilai teras model takaful, yang berasaskan kerjasama bersama dan tanggungjawab kewangan bersama.

“Dengan pengagihan lebihan ini, kami bukan sahaja memenuhi komitmen kami tetapi juga mengukuhkan nilai asas takaful iaitu ketelusan, keadilan dan sokongan bersama,” katanya. 

-- BERNAMA