BERITA TERKINI   Kerajaan tegas dan tidak akan bertolak ansur dalam hadapi isu rasuah, tidak kira kawan atau lawan - PM Anwar | Penganalisis ekonomi Prof Madya Datuk Dr Madeline Berma meninggal dunia di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor pagi tadi - ahli keluarga | PRK DUN Lamag: Mohd Ismail Ayob dipilih calon wakili BN - Pengerusi UMNO Sabah | Ahmad Faizal Azumu umum letak jawatan Pengerusi PN Perak | Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan tinggi semasa awal dagangan pada Khamis, sejajar dengan prestasi di pasaran tunai.

Pada 9.30 pagi, Mac 2025 dan September 2025 masing-masing meningkat 3.0 mata kepada 1,517.0 dan 1,509.0, manakala April 2025 menambah 2.5 mata kepada 1,520.0 dan Jun 2025 naik 3.5 mata kepada 1,523.0.

Jumlah dagangan 979 lot manakala kepentingan terbuka pada 37,605 kontrak.

Selepas 31 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 2.80 mata kepada 1,520.46 daripada 1,517.66 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA