BERITA TERKINI   Rasuah adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat, tiada toleransi dalam pentadbiran negara - Agong | Agong zahir amaran ramai lagi dalam radar Seri Paduka Baginda untuk misi perangi rasuah | PDRM rampas vape, bahan cecair vape bernilai lebih RM8.8 juta dalam Op E-Cig Mega serentak di 13 negeri- Datuk Fisol   | Kementerian Komunikasi junjung titah Raja Permaisuri Agong mahu keselamatan kanak-kanak, remaja di alam maya diberi perhatian serius pihak berkuasa - Fahmi | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, menjejaki kenaikan di pasaran tunai.

Mac 2025, April 2025 dan September 2025 masing-masing meningkat 3.0 mata kepada 1,507.5, 1,509.5 dan 1,499.0, manakala Jun 2025 menambah 4.0 mata kepada 1,512.0.

Jumlah dagangan menokok kepada 11,981 lot daripada 11,227 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 49,602 kontrak daripada 50,510.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 2.12 mata atau 0.14 peratus kepada 1,512.15 daripada 1,510.03 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA