BERITA TERKINI   PM Anwar umum tambahan RM10 juta kepada Kementerian Perpaduan Negara untuk laksana program kenegaraan | PM Anwar seru rakyat tidak terpengaruh dengan hasutan, fokus usaha majukan negara | Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) 2026-2030 dilancar tahun ini, perkuat garis panduan penggunaan AI - Gobind | Lapan hakim Mahkamah Rayuan dan 14 hakim Mahkamah Tinggi yang baru dilantik akan angkat sumpah 28 Julai ini - PM Anwar | Kerajaan lancar Pelan Induk Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2026-2035 sebagai panduan pacu pembangunan komuniti Bumiputera Pulau Pinang - PM Anwar | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Sentimen Eksport Lemah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah apabila sentimen menjadi lemah berikutan kadar eksport yang lebih perlahan mengheret penurunan harga, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata peserta pasaran akan memantau dengan teliti anggaran eksport dan prospek pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang.

"Ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS juga menyumbang kepada sentimen yang lemah," katanya kepada Bernama.

Dari segi perspektif teknikal, harga MSM mendapat paras sokongan pada RM4,400 setan dan paras rintangan pada RM4,680 setan.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2025 turun RM39 kepada RM4,737 setan, April 2025 meningkat RM17 kepada RM4,633 setan, dan Mei 2025 susut RM11 kepada RM4,488 setan.

Sementara itu, kontrak Jun 2025 merosot RM12 kepada RM4,370 setan, Julai 2025 turun RM4 kepada RM4,274 setan, dan Ogos 2025 susut RM3 kepada RM4,212 setan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 114,939 lot daripada 95,316 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka susut kepada 239,274 kontrak daripada 244,496 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Mac Selatan susut RM10 kepada RM4,840 setan.

-- BERNAMA