BERITA TERKINI   Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) dilaksana bermula tahun depan - TPM Ahmad Zahid | BN tidak pernah goyah, tetap rakan setia dalam Kerajaan Perpaduan - TPM Ahmad Zahid | BN sedia laksana penjenamaan semula berikutan kekangan peruntukan perlembagaan gabungan - TPM Ahmad Zahid | Penting bagi Kemboja, Thailand berpegang kepada semangat dialog, kebijaksanaan bagi redakan ketegangan kedua-dua negara - Anwar | Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN diadakan susulan persetujuan yang dicapai PM Malaysia, Kemboja dan Thailand pada 11 Dis - Wisma Putra | 

Synthomer Labur Lebih RM1.4 Bilion Di Johor Dalam Tempoh 20 Tahun - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Synthomer, peneraju industri bahan kimia khas, telah melabur lebih RM1.4 bilion dalam tempoh 20 tahun operasinya di Johor, membangunkan teknologi baharu dan menyokong rantaian bekalan industri sarung tangan serta sektor lain.

Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dengan pelaburan baharu, syarikat tersebut kini komited untuk menaik taraf operasi dan memperkenalkan teknologi hijau.

“Kerjasama seperti ini memperkukuh daya saing Malaysia dalam sektor kimia global dan mendukung aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) ke arah pertumbuhan lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran media sosialnya hari ini.

-- BERNAMA