BERITA TERKINI   Rasuah adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat, tiada toleransi dalam pentadbiran negara - Agong | Agong zahir amaran ramai lagi dalam radar Seri Paduka Baginda untuk misi perangi rasuah | PDRM rampas vape, bahan cecair vape bernilai lebih RM8.8 juta dalam Op E-Cig Mega serentak di 13 negeri- Datuk Fisol   | Kementerian Komunikasi junjung titah Raja Permaisuri Agong mahu keselamatan kanak-kanak, remaja di alam maya diberi perhatian serius pihak berkuasa - Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Kontrak bulan semerta Mac 2025 susut tujuh mata kepada 1,530.5, April 2025 turun 7.5 mata kepada 1,532.0, Jun 2025 berkurangan 8.5 mata kepada 1,534.0 dan September 2025 jatuh lapan mata kepada 1,521.0.  

Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,831 lot daripada 8,521 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka susut kepada 41,159 kontrak daripada 41,720 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 5.51 mata atau 0.35 peratus kepada 1,558.91 daripada paras penutup 1,564.42.

-- BERNAMA