BERITA TERKINI   Ringgit ditutup dengan terus melonjak, mencecah 4.09 berbanding dolar AS - paras paling kukuh dalam tempoh empat tahun dan tujuh bulan | MCMC peruntuk dana RM310 juta bangunkan infrastruktur kesalinghubungan inisiatif Bandar Pintar Negeri Melaka - Fahmi  | Belanjawan Sabah 2026: Penjawat awam negeri terima Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 - Masidi | Belanjawan Sabah 2026 catat belanjawan lebihan RM28 juta – Masidi Manjun | Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun bentang Belanjawan Sabah 2026 berjumlah RM6.402 bilion | 

Ringgit Naik 170 Peratusan Dalam Mata Berbanding Dolar AS Dalam Sesi Awal

Oleh S Kisho Kumari

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum positifnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Khamis, susulan ketidaktentuan ketara berhubung tindakan AS mengenakan tarif import yang menjejaskan sentimen niaga dan pengguna, kata penganalisis.

Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Sehubungan itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata senario sedemikian akan menyaksikan firma dan isi rumah cenderung mengurangkan perbelanjaan yang hanya memburukkan lagi pertumbuhan ekonomi negara maju itu.

Menurutnya, beberapa bank pelaburan utama di AS turut mempertimbang kemungkinan berlakunya kemelesetan AS susulan pelaksanaan tarif berkenaan.

Di peringkat tempatan, Mohd Afzanizam menjangkakan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dalam mesyuarat hari ini.

“Apa lebih penting adalah penilaian terkini jawatankuasa itu mengenai keadaan ekonomi global serta kecenderungan mereka mengenai prospek untuk 2025," katanya kepada Bernama.

Bersandarkan kepada perkembangan semasa, beliau berkata USD/MYR mungkin bergerak ke arah paras sokongan semasa iaitu 4.37.

Selain itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain, termasuk susut berbanding yen Jepun kepada 2.9619/9722 daripada 2.9614/9647.

Ringgit juga rendah berbanding pound Britain kepada 5.6840/7034 daripada 5.6825/6889 namun naik berbanding euro kepada 5.6840/7034 daripada 4.7409/7462 semalam.

Sebaliknya, ringgit kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

Ini termasuk naik berbanding rupiah Indonesia kepada 270.3/271.3 daripada 271.3/271.8, mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.72 daripada 7.72/7.73 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1211/1767 daripada 13.1545/1756.

Ringgit juga susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3128/3246 daripada 3.3126/3166, semalam.

-- BERNAMA