BERITA TERKINI   PM Anwar sambut baik gencatan senjata serta-merta Kemboja dan Thailand | Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini - MetMalaysia | Kemboja dan Thailand setuju laksana gencatan senjata serta-merta berkuat kuasa tengah hari (waktu tempatan) Sabtu (27 Dis 2025) - Kenyataan Bersama | 

RUU Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2025 Dibentang Untuk Bacaan Kali Pertama

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2025 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen, RUU itu bertujuan meminda Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452).

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying ketika membentangkannya berkata ia melibatkan pindaan kepada 11 fasal mengenai peruntukan yang berhubungan dengan tanggungan untuk membayar caruman dan kadar caruman yang perlu dibayar ke atas pekerja bukan warganegara Malaysia. 

Lim berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini.

-- BERNAMA