BERITA TERKINI    Menegakkan hak asasi manusia penting bagi membentuk ASEAN yang berdaya tahan, dinamik dan berpaksikan manusia - Mohamad Hasan | Mesyuarat AICHR diadakan hari ini sempena bermulanya fasa baharu di bawah Visi ASEAN 2045 - Mohamad Hasan | Tragedi Sg Korok: Kerajaan teliti cadangan bina pagar penghadang dan pasang lampu jalan di Jalan Sungai Korok, Jitra - TPM Ahmad Zahid | Tragedi Sg Korok: Anak sulung mangsa akan dijadikan anak angkat MARA bagi bantu pelajarannya hingga ke universiti - TPM Ahmad Zahid | KDN akan mula daftar pelarian sendirian, berasingan daripada UNHCR - Saifuddin Nasution | Menegakkan hak asasi manusia penting bagi membentuk ASEAN yang berdaya tahan, dinamik dan berpaksikan manusia - Mohamad Hasan | Mesyuarat AICHR diadakan hari ini sempena bermulanya fasa baharu di bawah Visi ASEAN 2045 - Mohamad Hasan | Tragedi Sg Korok: Kerajaan teliti cadangan bina pagar penghadang dan pasang lampu jalan di Jalan Sungai Korok, Jitra - TPM Ahmad Zahid | Tragedi Sg Korok: Anak sulung mangsa akan dijadikan anak angkat MARA bagi bantu pelajarannya hingga ke universiti - TPM Ahmad Zahid | KDN akan mula daftar pelarian sendirian, berasingan daripada UNHCR - Saifuddin Nasution |

ARM Holdings dijangka Meterai Perjanjian Berpangkalan Di Malaysia Minggu Depan – PM Anwar

PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- ARM Holdings Plc, syarikat semikonduktor terkemuka dunia dari United Kingdom (UK) yang menyatakan hasrat mahu berpangkalan di Malaysia bakal menandatangani perjanjian pada minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau telah membincangkan perkara itu dengan ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut secara dalam talian pada pagi tadi yang turut disertai ketua pegawai eksekutif SoftBank Group Corp, Masayoshi Son.

SoftBank merupakan syarikat pemegangan pelaburan multinasional terkemuka Jepun.

"Insya-Allah, minggu depan kita dapat selesaikan dan perjanjian akan ditandatangani," katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Peletakan Logo Malaysia MADANI di rangkaian Restoran nasi Kandar Putrajaya, di sini, hari ini.

Terdahulu ketika berucap selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sekolah Sultan Alam Shah, Perdana Menteri berkata dalam soal reka bentuk dan pembikinan semikonduktor ARM merupakan antara yang cemerlang di dunia.

"ARM memilih untuk berpangkalan di Malaysia, syukur Alhamdulillah," kata beliau.

Sementara itu, Anwar berkata pelaburan sedemikian hanya mampu dikecapi kerana Malaysia mempunyai kestabilan politik serta dasar yang jelas.

Namun, kata beliau, pelaburan besar sebegini turut memberi cabaran kepada negara dalam memastikan tenaga kerja muda profesional yang mencukupi.

"Ini ujian besar, apakah kita boleh menyediakan puluhan ribu anak muda profesional?

"Ini satu cabaran bagi anak-anak muda. Bila kita bawa pelaburan besar, tenaga kerja profesional adalah tunjang," kata Anwar.

ARM Holdings Plc adalah syarikat reka bentuk semikonduktor dan perisian yang berpangkalan di Cambridge, England. Perniagaan utamanya adalah dalam reka bentuk unit pemprosesan pusat (CPU) yang melaksanakan set arahan seni bina ARM.

-- BERNAMA