BERITA TERKINI   Perolehan Gamuda Bhd melonjak kepada RM4.30 bilion bagi suku kedua berakhir 31 Jan, 2026 daripada RM3.90 bilion bagi suku sama tahun kewangan 2025 | Untung bersih Gamuda Bhd bagi suku kedua berakhir 31 Jan, 2026 meningkat kepada RM229.52 juta daripada RM218.84 juta pada suku sama tahun kewangan 2025 | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM150 juta baik pulih Baraj Sungai Sarawak - PM Anwar | KSN, PETRA diminta teliti pendekatan menyeluruh atasi banjir, bekalan air di Sarawak - PM Anwar | 

RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025 Dibentang Untuk Bacaan Kali Pertama

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2024) 2025 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

RUU itu dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Amir Hamzah berkata ia akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sesi persidangan kali ini.

RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025 mengadakan peruntukan bagi pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi RM20,191,299,500 daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan bagi 2024.

Perbelanjaan tambahan itu dimohon untuk kegunaan peruntukan kepada Perkhidmatan Am Perbendaharaan iaitu sebanyak RM12,624,721,830, peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun (RM3,151,419,300), Kementerian Pendidikan (RM1,763,672,170), Jabatan Perkhidmatan Awam (RM1,148,146,080) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (RM1,077,146,050).

Peruntukan itu juga bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (RM417,999,870) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (RM8,194,200).

-- BERNAMA