BERITA TERKINI   MOF bekerjasama dengan KPDN meningkatkan pemantauan, siasatan dan tindakan penguatkuasaan khususnya di kawasan berisiko tinggi seperti sempadan - PM Anwar | Penyasaran subsidi RON95 dijangka menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion pada 2026 - PM Anwar | Bentley Music Group memulakan dagangan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia pada 15 sen, premium 3.0 sen berbanding harga IPO sebanyak 12 sen dengan 10,000 saham didagangkan | Bentley Music Group memulakan dagagangan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia pada 15 sen, premium 3.0 sen berbanding harga IPO sebanyak 12 sen dengan 10,000 saham didagangkan | 

Harga Emas Global Naik Ke Paras Tertinggi, Lonjak Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kukuh, seiring aliran meningkat pasaran emas global ketika harga melonjak ke paras tertinggi baharu kepada US$2,955 seauns.

Aliran meningkat itu berikutan petunjuk daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, yang mencadangkan perjanjian perdagangan dengan China mungkin boleh dicapai.

Kontrak semerta bulan Februari 2025 meningkat kepada US$2,954.30 setiap auns troy daripada US$2,946.50 pada Rabu, manakala kontrak Mac 2025 menaik kepada US$2,961.20 daripada US$2,953.60 setiap auns troy.

Kontrak April, Mei dan Jun 2025 masing-masing melonjak kepada US$2,971.40 setiap auns troy daripada US$2,963.80 pada Rabu.

Bagaimanapun, jumlah dagangan menyusut kepada 54 lot daripada 86 lot semalam, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 109 kontrak daripada 157.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 19 Feb, harga emas fizikal berada pada US$2,936.50 setiap auns troy.

-- BERNAMA